Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Majlis Daerah Beaufort

Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah

Perutusan Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.

Selamat Datang ke Laman Sesawang Rasmi Majlis Daerah Beaufort

Saya selaku Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort dan merangkap ketua jabatan ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi laman sesawang rasmi Majlis Daerah Beaufort.

Laman sesawang ini diwujudkan berdasarkan kepentingan semua pihak yang terlibat dalam penyampaian perkhidmatan awam yang diberikan oleh Majlis Daerah Beaufort. Laman sesawang sesawang rasmi ini akan dijadikan bahan rujukan utama dan panduan setiap warga yang memerlukan maklumat berkaitan dengan Majlis Daerah Beaufort.

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan laman sesawang rasmi Majlis Daerah Beaufort ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh warga Malaysia terutamanya warga Beaufort.

Sekian, terima kasih.

MOHD AINOL BIN DSP HAJI MOHD DUN
PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS DAERAH BEAUFORT